Friday, May 21, 2010

Selamat Hari Guru 2010

Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun dikhaskan sebagai hari guru. Semoga semua guru tabah dengan gelagat anak didik masing-masing. Jangan garang sangat dengan budak-budak tau :-)

Selamat hari guru untuk semua guru di Malaysia. Dikau ibarat cahaya yang memberi arah kepada semua anak murid mu. Setiap kerja keras, tunjuk ajar, pesanan dari mu tidak mungkin dapat di balas dengan nilai wang ringgit. Teruskan perjuangan mu untuk membimbing anak-anak Malaysia. Ke arah melahirkan generasi yang cemerlang bukan sahaja dari segi pendidikan malah mempunyai akhlak yang terpuji.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:“Sampaikanlah olehmu yang datang dariku meskipun hanya satu ayat”.

Sampaikan lah ilmu yang anda ada dengan sebaiknya. Kerjaya sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia, jangan di sia-sia kan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda sebagai seorang pendidik. Didik dan bimbimng la bakal pemimpin masa depan kita agar suatu hari nanti mereka ini yang akan mentadbir negara kita ini.

Allah s.w.t berfirman:“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati”. (Surah Al-Baqarah: 159)

Seorang pendidik itu ialah seorang yang terlibat dengan kerja-kerja pendidikan atau pengajaran. Dengan ertikata lain seseorang yang terlibat dengan kerja-kerja pengajaran ilmu pengetahuan sama ada di sekolah, maktab, universiti, surau, masjid, pondok atau madrasah. Pengertian seperti ini lebih khususiah. Walau bagaimanapun proses pendidikan itu juga berlaku di mana-mana seperti di rumah, tempat permainan dan sebagainya. Oleh yang demikian tugas mendidik itu bukan hanya menjadi taggungjawab guru di sekolah malah mereka yang terlibat sama ada secara formal atau tidak formal, terutama sekali ibu bapa atau penjaga murid itu sendiri.


No comments:

Post a Comment

Soal Jawab Agama

Surah al-Falaq dan an-Nas elak sihir Soalan: NABI SAW adalah seorang yang maksum. Walaupun begitu, saya pernah mendengar bahawa baginda j...