Selamat Hari Ibu
Ibu kaulah permata hatiku, tiada lain yang dapat menggantikan tempat mu Ibu. Ibuku adalah ibu yang terbaik di dunia ini. Begitu juga dengan ibu-ibu anda semua, mereka juga ibu terbaik di dunia buat anda bukan.
Sayangi la ibu anda sebaik-baik nya, hargai dan jaga la mereka sebagaimana mereka menjaga anda sewaktu anda kecil hingga la anda semua telah berkeluarga.
Firman Allah SWT;
“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ” (Al-Ankabut ayat 8 )
Sabda Nabi SAW;
“ Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” [Hadis riwayat Bukhari]
9 Mei setiap tahun adalah hari ibu yang di sambut seluruh dunia. Walau apa pun sebagai anak, kita tidak perlu untuk menunggu sehingga hari ibu baru kita hendak tunjukan kasih sayang kita kepada mereka. Tiap-tiap hari adalah hari ibu untuk saya, jasa ibu tidak mampu di balas walaupun dengan segunung emas yang kita berikan kepada meraka.
Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata: “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah).” Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: “Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Jawabnya: “Ya, kedua-duanya.” Sabda Rasulullah s.a.w.: “Didalam melayani keduanya harus berjihad.”
Hadis ini menunjukkan bahawa taat bakti kepada orang tua itu lebih besar daripada jihad fisabilillah, sebab menyuruh orang itu berbakti kepada orang tua dan berjihad. Kerana itu maka seseorang tidak boleh keluar untuk juhad jika tidak diizinkan oleh kedua orang tuanya selama panggilan jihad itu tidak umum, maka tetap taat kepada orang tua lebih afdhal dari jihad fisabilillah.
Bahz bin Hakim dari ayahnya dari neneknya berkata: “Saya tanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, siapakah harus saya taat?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ibumu.” Kemudian siapakah? tanya saya lagi. Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ibumu.” Saya bertanya sekali lagi dan Rasulullah s.a.w. menjawab: “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya saya lagi.” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat.”
Berbakti kepada ibubapa dan menghubungkan silaturrahim adalah wajib. Al-Birr (berbuat kebaikan/ berbakti) ialah melakukan segala kebaikan yang boleh membawa pembuatnya ke syurga.
Sahabat saya sekalian, hargai setiap kesempatan masa yang anda ada untuk menyayangi serta berbakti kepada ibu dan ayah anda. Peluang yang anda jangan dipersiakan, apalah sangat keje-keje kita di pejabat hinggakan untuk menghubungi Ibu dan ayah kita pun tidak ada masa. Tidak ada kekayaan yang lebih berharga selain Ibu Bapa anda, kerana meraka berdua anda lahir di dunia ini. Bagi mereka yang tidak mempunyai Ibu dan Ayah, sedekah kan la doa untuk mereka, lakukan la sedekah jariah dan taatilah perintah Allah, semoga kebaikan kita di dunia ini akan memberkati mereka di Akhirat.
Selamat Hari Ibu dan juga bakal-bakal ibu.


No comments:
Post a Comment