Saturday, May 22, 2010

TAZKIRAH

01- Pesan orang arifbillah, jadilah makmumyang baik iaitu solat berjemaah dalam keadaan duduk menunggu imam datang dengan penuh zikir dan tasbih sambil berselawat.

02- Tidak sempurna hati yang berzikir itu andai tiada disusuli dengan amal perbuatan mengikut syariat islam. (Fikir Amal, Khidmat & Sabar)

03- Tidak sempurna iman kita andai tidak memperdulikan orang lain dan berbuat baiklah sesama manusia agar penyatuan ummah teguh dan tegap.

04- Kata orang arifbillah, gagal sesuatu amal itu adalah kerana perasaan sendiri yang mencengkam hati dan nurani hingga hilang pertimbangan aqal dan qalbu.

05- kehidupan ummah akan hancur lebur bila ekonomi dan kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama manusia.

06- Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh fikir dan zikir kerana ia akan disertai dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh syukur.

07- Selesaikan sesuatu masalah itu dengan cara mencari puncanya bukan mencari masalahnya.

08- sebaik-baik amal dan perbuatan adaah dengan menjaga syariat kehidupan dan syiar agama itu sendiri kerana ianya lepas dari segala macam fitnah kehidupan.

09- Pesan orang arifbillah, ruangkan masa sehari semalam dalam seminggu bagi beriktiqaf dimasjid kerana itu adalah pembuka kepada pelajaran iman dan ilmu yang pertama.

10- Sebaik-baik meminta kepada ALLAH adalah HIDAYAH. (Diri, keluarga dan keturunan) keAMPUNan, dipermudahkan rezeki serta mati dalam IMAN.

11- Allah menyuruh kita meminta hanya pada DIA. Jangan berasa malu untuk berharap dari DIA walau diri sendiri dikelilingi dengan dosa dan noda.

12- jangan kita ambil mudah tentang mati tanpa iman dan perasan akan menikmati syurga akhirnya, celaka adalah tidak takut akan seksa neraka Allah.

13- Iman tidak boleh diwarisi. Iman perlu dicari, iman harus dilalui, iman mesti bersaksi, iman adalah kehidupan dan perjalanan mengenal diri untuk mengenal Tuhan.

14- Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan mungkar, walaubagaimanapun fikir dan hati harus berusaha didalam meningkatkan kefahaman dan ilmu solat itu sendiri.

15- perbanyakkan memohon doa dan keampunan untuk ibu bapa juga memohon keampunan dari mereka. (Disyorkan membaca Surah Al-Fatehah, Al-Imran dan Al-Kahfi)

16- Perbanyakkan muhasabah diri dan beristiqfar pada setiap dosa yang dilakukan dan solat sunat taubat. (Disyorkan membaca Surah Al Fatehah, At -Taubah, Al-Fill dan Al-Kahfi}

17- Uzlahkan diri dari kesibukkan dunia, kelukan lidah dan perbanyakkan tasbih, matikan hati dari berangan-angan tentang dunia (Hayati Al-Quran) dan matikan jasad dengan zikirullah.

18- Renunglah sejarah pengabdian Nabi Noh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada Allah.

19- Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita. Andai kaya, lihatlah kepada yang miskin. Andai miskin, lihat kepada yang papa. Andai papa, lihatlah kepada yang cacat dan seterusnya.

20- Kata orang arifbillah, pastikan amalan wajib tidak ditinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunat. (Jangan jadikan amalan itu ibarat badan tidak berkepala)

21- Kesusahan hidup didunia ini berpunca dari diri sendiri kerana tidak mahu menerima perjalanan yang hakiki dan sebaliknya mengikut jejak kafir didalam mencari bukti.

22- Hidup ini hanya ada tiga hari, semalam sebagai pengalaman, hari ini untuk perancangan dan esok hanya menantikan jawapan.

23- Hadiah paling besar yang pernah diterima oleh syaitan daripada iblis adalah memecahbelahkan rumahtangga dan memutuskan silaturrahim.

24- Syaitan sangat suka kepada mereka yang sangat suka melayan perasaan dan nafsu amarah kerana itu adalah pintu yang paling luas untuk dia berpeluang menggoda.

25- Jangan sesakali ada perasaan sombong dan bongkak dalam hidup kerana ia sebahagian daripada isyarat keda syaitan untuk memperdaya kita.

26- Apabila zina dan riba berleluasa maka kehancuran sesutu kaum dan bangsa itu akan berlaku samada keruntuhan akhlak, budi pekerti dan kesusilaannya.

27- Jangan sangka diri sudah berada didalam golongan ahli sunnah wal jamaah sedangkan amal, hati, jiwa dan akal masih penuh dengan keseronokkan dunia.

28- Rumahku syurgaku. Keharmonian rumahtangg dan keluarga boleh dipelihara dengan menjaga amal dan adab-adab rumahtangga dengan penuh jujur, taat, redha dan ikhlas.

29- Pesan orang arifbillah, bila dilantik menjadi imam, jangan bertakbir selagi semua makmum belum bersedia untuk menunaikan solat fardhu secara berjamaah.

30- Hiduplah kita dengan bersederhana dan jangan sesekali berlebih-lebihan kerana dikhuatiri kita akan leka dan ia boleh membawa kepada pembaziran.

31- Peliharalah keluarga sebagaimana kita memelihara maruah diri kerana mereka itu adalah amanah Allah kepada kita.

32- Ibubapa dalam keluarga itu umpama raja dan permaisuri, anak-anak dan seisi rumah pula seperti rakyat dan khazanah kerajaan. Tadbirlah ia dengan bijaksana.

33- Syarat ketua keluarga itu perlu ada kasih sayang tanpa berbelah bagi. Adil didalam membuat keputusan dengan memahami wadah seisi keluarganya.

34- Fikir, amal, ilmu dan nikmat iman itu sangat halus rasanya. Tiada bahasa yang dapai diungkap melainkan dengan perjuangan, kasih sayang dan kehambaan kepadaNya.

35- Kekuatan iman itu lahir dengan berlapar, mujahadah, mencari ilmu dan beribadah yang berteraskan fikiran panduannya dari Allah, Rasulnya, Al-Quran dan guru mursyid.

36- Makanan nafsu amarah ialah kenyang, kesenangan, keseronokkan dan kepuasan dunia berasaskan fikiran dan panduannya dari jin dan syaitan untuk leka kepada dunia.

37- Dalil kita yakin kepada akhirat adalah dengan keberanian dan ketabahan dalam menempuh kesesahan hidup seperti Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat Rasulullah.

38- Pengorbanan kehidupan bermula dengan perbanyakkan ibadah dan mencari ilmu seperti di madrasah, masjid, makam dan bermusafir dengan penuh fakir kepada Allah S.W.T

39- Pengorbanan harta bermula dengan pemberian hadiah, sedekah dan mujahadah bagi mengikis cinta dunia.

40- Di dalam kenikmatan beribadah jangan kita leka untuk mencari ilmu dan amal bagi menuju kepada perjuangan dan maksud hidup sebenar.

41- Ketika sibuk mencari kebahagiaan di dunia, jangan lupa atau lalai untuk mencari kebahagiaan di akhirat dengan perbanyakkan mencari ilmu, ibadah dan taqwa.

42- Maksiat menjauhkan kita dari para ilmu akhirat dan jalan ke syurga tetapi mendekatkan kita dengan ilmu dunia dan jalan ke neraka.

43- Pengharapan itu biarlah hanya kepada Allah, Rujuklah surah At-Taubah, renugilah ayat demi ayat dan memohonlah kefahaman darinya (Ayat 129)

44- Jangan difikir pada ganjaran pahala, biarlah segala kebaikkan itu menjadi penghapus dosa-dosa lalu dan yang akan datang.

45- Penuhkan amalan semasa beriktiqaf dengan zikir, tasbih, solat dan menghayati Al-Quran hingga sejahtera diri, aman fikiran, damai perasaan dan sentosa kehidupan.

46- Rezeki yang halal itu datangnya dari sumber yang halal dan hati tidak meraguinya. Hindarkan dari rezeki yang meragukan.

47- Ilmu keinsanan itu diperolehi apabila segala ujian, gangguan, godaan dan tentangan hidup itu dilalui dengan penuh ketaqwaan dan keredhaan.

48- Nak beriman sanggup diuji. Nak beramal sanggup menghadapi gangguan, nak kehambaan, sanggup pada godaan dan nak keislaman sanggup pada tentangan kehidupan.

49- Jangan berdukacita dengan apa yang tidak diperolehi tetapi teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan dan diberikan (nikmat)

50- Harta yang palng untung sabar, teman yang paling akrab amal, pengawal yang paling waspada diam, bahasa yang paling indah senyum.

51- Maksiat itu boleh menggelapkan hati, jiwa dan raut wajah dari cahaya iman dan menghalang (bertangguh) dari bersegera bertaubat.

52- Beruntunglah bagi jiwa yang merdeka dan sesungguhnya ilmu islam itu mudah masuk kedalam hati melalui doa dan hidayah Allah, yang sering dipohon (munajat).

53- Biarlah hidup sederhana di dunia ini asalkan hati dan jiwa merdeka dari penjara dunia yang penuh tipu daya melalui keseronokkan dan keselesaanya.

54- Ilmu Al-Quran mampu dipelajari dengan hati dan jiwa yang tenang dan merdeka dari sebarang pengaruh dunia yang melalaikan.

55- Ilmu islam mampu dipelajari dengan kefahaman hati yang kasih dan cinta kepada Allah dan Rasulnya melalui penghayatan Al-Quran dan Sunah Rasul (amalan).

56- Kata orang arifbillah, tidak dapat dipelajari ilmu islam itu secara menyeluruh kerana ia terlalu luas bagi umat manusia untuk mempelajarinya (teori).

57- Tidak lebih baik sesuatu kefahaman itu bagi perbatasan diri selain dari kefahaman agama dan Islam sebagai cara serta Al_Quran sebagai panduannya.

58- Setiap kebebasan dunia itu perlu ada padanya batasan. Silap langkah, kebebasan itu akan menjadi pintu gerbang syaitan untuk menghancurkan kita.

59- Wadah agama dan kefahaman islam itu adalah berbeza-beza bagi individu, maka tidak perlu bertikam lidah pada sesuatu perkara, jadikan syariat islam sebagai jalan penyelesaian.

60- Apabila berdakwah, syariat agama sangat penting bagi mengelakkan dari fitnah dunia. Jangan sesekali mengamalkan tariqat, hakikat dan makrifat tanpa syariat.

61- Dakwah itu adalah sesuatu pekerjaan yang embawa umat kepada berfikir, beramal, khidmat dan taqwa kepada Allah SWT.

62- Beza diantara kita dan orang kafir itu adalah fikir kita kepada akhirat, dakwah kita menyelamatkan umat dan khidmat kita untuk perpaduan dan kesejahteraan umat.

63- Setiap hari kita bangun, keluar rumah mencari rezeki, pagi atau malam pula kita pulang kepangkuan keluarga, apakah beza antara kita dan orang kafir itu?

64- Kata orang arifbillah, ketika diutus melaungkan azan, jangan ada niat selain dari ingin mengajak makhluk untuk menyembah dan bertaqwa kepada Allah (berjemaah).

65- Perjuangan itu menuntut kemerdekaan, sebaik-baik kemerdekaan adalah kemerdekaan untuk menjalankan hukuman Allah dan kita berlindung dibawah naungannya.

66- Perjuamgan tanpa kecintaan umpama senjata tidak berpeluru. Kecintaan tanpa perjuangan itu pula umpama peluru tanpa senjata.

67- Perjuangan lahir dari kecintaan yang mendalam, namun kekuatan dan kelemahan itu juga adalah terletak pada wanita. Berhati-hatilah.

68- Kasih sayang lahir dari naluri kecintaan, namun ia dapat dilumpuhkan oleh nafsu amarah dengan keselesaan dunia.

69- Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja bagi nafsu amarah.

70- Keberkatan rezeki itu disertai dengan ketenangan jiwa dan kelapangan nurani walaupun ianya sedikit tetapi mencukupi.

71- Allah memudahkan rezeki kepada sekelian makhluknya kecuali kepada mereka yang sering melakukan maksiat.

No comments:

Post a Comment

Soal Jawab Agama

Surah al-Falaq dan an-Nas elak sihir Soalan: NABI SAW adalah seorang yang maksum. Walaupun begitu, saya pernah mendengar bahawa baginda j...