Usia Antara Masa
Selamat Ulangtahun Kelahiran untuk Diri ku. Tahun demi tahun usia kita kian meningkat, bergitu juga dengan amalan kita beza nya, bertambah atau berkurangan. Alhamdulillah kupanjatkan syukur kerana masih lagi diberi ruang dan peluang untuk berada di atas bumi Allah ini. Masih dapat untuk ku melihat bulan, bintang, matahari serta menghirup udara di sekeliling ku ini.
Tiada hadiah yang lebih nikmat berbanding dengan nikmat hidup. Tiada berita yang lebih gembira buatku di hari ini dengan khabaran berita aku bakal menjadi seorang ayah
. Syukur alhamdulillah akan lahir insan baru di dalam keluarga ku ini, jika di izinkan Allah aku akan memiliki zuriat keturunan ku, semoga insan yang bakal lahir ini menjadi para soleh/soleha yang sentiasa cintakan Agama Nya Islam, Mencintai Rasulnya, Menjadi insan yang dihadapankan sekali bilamana Agama nya ditindas. Tidak sekali ia gentar bila berhadapan dengan musuh dan hidup mati nya demi Agama yang tercinta, Islam.
Masih menunggu hadiah-hadiah yang lain
, Mad Muslim Aid nak Bagi Kambing Sekor, Rahmanw nak bagi apa ek??? heheh. Terima kasih semua sahabat sekalian di atas doa dan ucapan hari lahir. Semoga kita semua sentiasa mendapat Rahmat Allah dan berada dalam Lindungan Nya. Amin

No comments:
Post a Comment